Bismillah.
Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh dari laluannya: para khalifah merasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, mereka akan berseru: "Ya Allah!"
Apabila tertimpanya musibah, bencana melanda, dan berlakunya tragedi, ia akan menyebut "Ya Allah!"
Apabila berbagai-bagai usaha tidak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa terhimpit, harapan terhenti, dan semua jalan lintas telah buntu, mereka akan menyeru "Ya Allah!"
Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul, mereka akan menyeru "Ya Allah!"
Hanya kepadaNya sahaja yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah yang indah, doa yang ikhlas, bisikan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan, dan ratapan derita yang membingungkan.
Hanya kepadaNya jua kedua telapak tangan dihulurkan setiap kali menjelang Subuh, iaitu tangan-tangan orang yang memerlukan pertolongan-Nya dan tatapan mata hamba yang penuh harapan, dan segundang benak yang bertanya tentang banyak peristiwa.
Ketika lidah bersenandung menyebut nama-Nya, memohon, mengharap dan memanggil. Dengan menyebutNya, di mana hari akan menjadi damai, jiwa akan terasa tenang, perasaan menjadi tenteram, saraf tidak lagi menegang, akal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.
" Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.
Ya Allah, sejukkan gelora hati ini dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.
Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam.
Berikan rasa yang damai bagi jiwa- jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.
Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu; binmbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu, dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petumjukMu.
Ya Allah, lenyapkanlah segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran. Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteramMu "
-antara sentuhan emas karya Dr.Aidh dalam buku karangan beliau iaitu La Tahzan.
Perkongsian untuk diri ana jua antum luar sana. Jangan sedih-sedih ye. Senyum sokmo. :-)

No comments:
Post a Comment